Akhirnya, journey degree aku dah nak hampir tamat! |
Lagi 2 hari je nak menamatkan pembelajaran aku sebagai seorang pelajar degree. Awal dulu nak sangat cepat habis degree, ni bila dah nak habis sayu pulak rasa. Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku belajar dekat sini. Terlalu banyak naik turun nya, sedih dan bahagia, orang yang datang dan pergi. Banyak sangat benda yang mengajar aku..
So apa plan lepas habis belajar ni?
Okay first, nak lepas kan majlis sanding sebelah lelaki dulu.. hee kemudian inshaAllah baru lah mula cari kerja pulak. Semoga di permudahkan segala urusan lah hendaknya. InshaAllah.
Selepas ni juga bermula kehidupan reen sebagai seorang isteri sepenuh masa di rumah, dah tak berjauhan lagi dah dengan suami. hihi. Kalau tak nak patah riuk pinggang ni asyik ulang alik KL-JB tiap minggu, em jangan nak cakap dengan reen dekat je ea KL-JB tu, mehh sini kita hempukk. HAHA. Nampak je mcm dekat, tapi kalau dah duduk berejam dekat dalam bas tu. Ya ampun satu badan lah sakit sakit di buat nya.
Okay itu jelah nak share hari ni, lotsa love from me :*